Penerbitan NZ DARUL ILMI

Borang Pesanan Pembelian

Name:
Email Address:
Sila nyatakan tajuk buku, kuantiti, alamat untuk penghantaran dan no. telefon untuk dihubungi.JazakALAH

create web form

Thursday, September 24, 2009

Sekapur Sireh dari Penerbit



ASSALAMUA'LAIKUM...Segala puji bagi ALLAH s.w.t. tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda dan semua orang yang mengikuti jejak mereka.

Dalam usaha untuk menambahkan buku-buku bacaan dikalangan masyarakat sekarang dengan rasa syukur dipanjatkan kepada ALLAH s.w.t kerana dengan limpah rahmatnya kami dapat menerbitkan beberapa buah buku yang amat berguna dalam kehidupan seharian kita.

Sebagai penerbit, besar harapan kami semoga buku-buku kami dapat memberi manfaat dan bimbingan kepada pembaca sekalian. Semoga segala amalan yang baik ini mendapat keredhaan ALLAH s.w.t.

Segala kesilapan dan kekurangan adalah atas sifat kelemahan kami sebagai hambaNya. Oleh itu jika terdapat sebarang kesilapan harap mohon maaf. Teguran membina amatlah dialukan untuk membetulkan kesilapan pada cetakan yang akan datang.

Sekian, Wabillahi taufik wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Penerbit NZ Darul Ilmi
Ustaz Hj. Ahmad Zohdi b. Mohd. Sheikh
Ustazah Hjh. Norsiah bt Mohd. Salleh

Ziarah Hari Raya AidilFitri

Ustaz Ahmad Zohdi berhari raya bersama Penasihat Yayasan Al-Jenderami, Tuan Guru Hj. Mohd Hafiz Bin Hj. Selamat (berdiri: empat dari kanan) di yayasan tersebut pada hari raya pertama 1430H/2009.

Ustaz Ahmad Zohdi bersama 5 daripada 8 anak-anaknya dan 2 daripada 12 cucu-cucunya.

Selagi Hayat Dikandung Badan

Selagi Hayat Dikandung Badan
Jadual harian Ustazah Norsiah setiap hari dalam seminggu selepas maghrib, dari jam 8pm hingga 9.30pm kecuali Khamis,Sabtu dan Ahad.

Ustaz Zohdi mengajar asas mengenal jawi menggunakan buku terbitan NZ Darul Ilmi...dari asas sehinggalah khatam Al-Quran.

Bapa dan Anak

Bapa dan Anak
Ustaz Ahmad Hilmi b. Ahmad Zohdi..anak yang ke 4 (Mancik)...Alhamdulillah al-hafiz yang sorang ni...besar tanggung jawab tu...tapi untung gak keluarga dapat menumpang syafaat nanti...terpikul di bahunya legasi ulama' warosatul ambiya'..Amin...